Ular Hijau Lawan Cicak Tokek


Konfrontasi dramatik antara seekor ular hijau dan cicak tokek berlaku di luar bilik tidur seorang lelaki, menyebabkan dia terkejut dan tidak berani keluar dari biliknya.

Rakaman ini menunjukkan pertarungan sengit ular hijau dan cicak tokek. 

Lelaki itu berkata, dia terperangkap di dalam bilik ketika dua haiwan itu bertarung  di luar pintunya. 


Chanchai yang berusia 42 tahun menceritakan, kejadian itu berlaku di rumahnya di mukim Ban Mai, daerah Khon Buri dalam wilayah Nakhon Ratchasima, baru-baru ini. 

Ketika sedang berehat di biliknya sekitar waktu tengah hari, dia terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh di luar pintunya. 

Oleh kerana ingin tahu, Chanchai membuka pintu dan terkejut melihat seekor ular besar dan cicak tokek betul-betul di depan pintu biliknya.

Tidak pasti cara untuk keluar dari biliknya, Chanchai memutuskan untuk merakam peristiwa itu dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Dia berkata, kedua-dua haiwan itu akan bertarung sehingga mati. Akhirnya, dia mengumpulkan keberanian untuk membuka pintu, menggunakan penyapu untuk memisahkan dua reptilia itu.

Dia kemudian memindahkan ular dan cicak itu ke belukar di belakang rumahnya.
 

0/kiriman komen