Seekor ular tedung sepanjang 1.52 meter ditemui di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Rajasthan, India.
Kehadiran ular itu menimbulkan kekecohan dan membuatkan keluarga yang mendiami rumah tersebut berasa bimbang.
Bagaimanapun, ular itu berjaya diselamatkan dan kemudiannya dilepaskan ke dalam hutan.
Insiden mengejutkan itu berlaku apabila seorang penduduk dikenali sebagai Shambhudayal pergi membasuh pakaian dalam mesin basuhnya.
Semasa membuka pintu mesin basuh untuk memasukkan pakaian, dia menemui seekor ular tedung yang bersedia untuk mematuk.
Pergerakan ular itu mengejutkan Shambhudayal yang kemudian berundur dalam keadaan takut.
Menyedari potensi bahaya, dia segera menghubungi Govind Sharma, seorang penangkap ular di kawasan itu.
Sebaik menerima panggilan itu, Sharma tiba di tempat kejadian dn menyelamatkan ular itu dan melepaskannya ke dalam hutan, jauh dari kawasan perumahan.
“Ular ini dikeluarkan dengan teliti dari dalam mesin basuh. Selepas menyelamatkan ular ini , saya melepaskannya ke dalam hutan, jauh dari kawasan perumahan,” kata Sharma.
Catat Ulasan