Seorang wanita warga asing disyaki tertimbus bawah tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter berdekatan Masjid India, di sini, pagi semalam.
Menurut sumber, wanita yang merupakan pelancong dari India itu terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan terbabit sekitar pukul 8 pagi semalam.
Difahamkan, semalam merupakan hari terakhir mangsa dan keluarganya bercuti di ibu negara sebelum berangkat ke negara asalnya.
Tinjauan di lokasi setakat 11.30 pagi semalam mendapati pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Md Din dan anggota di sekitar lokasi.
Catat Ulasan