Akaun Bank Tak Ada Tetapi Minta Keluarkan Wang


Perbuatan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dan melakukan vandalisme di sebuah bank di Indonesia mengundang kecaman orang ramai.

Lelaki itu mengamuk selepas dihalau keluar oleh kakitangan kerana mahu mengeluarkan wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (RM27,282). 


Bagaimanapun, dia tidak memiliki akaun simpanan. 

Menerusi rakaman video ini, dia dilihat menghunuskan parang ke arah kakitangan dan polis yang cuba menghalangnya daripada masuk. 

Lebih mengejutkan apabila dia sempat memecahkan pintu kaca dan beberapa mesin juruwang automatik (ATM). 


Suspek telah ditahan oleh polis. Nak keluarkan duit tapi tidak ada akaun simpanan.Macam mana nak keluarkan duit kalau tak ada duit?.Macam niat merompak aje...
 

0/kiriman komen