Seorang pengantin lelaki mengundang perhatian pengguna media sosial selepas mengahwini dua wanita secara serentak dalam satu majlis di Musi Rawas, wilayah Sumatera Selatan.
Lelaki itu diapit dua wanita ketika berada di atas pelamin.
Pengantin lelaki bernama Epan Padli dan berusia 25 tahun, manakala dua isterinya bernama Halima Leti dan Purnama Linda.
Salah seorang daripada wanita tersebut berusia 20 tahun, manakala seorang lagi berumur 19 tahun.
Ketua Kampung Pauh, Aziz berkata, pasangan tersebut bernikah pada bulan lalu.
“Kali ini, mereka mengadakan majlis persandingan di rumah pengantin lelaki,” kata Aziz.
Kalau saya, sudah lama mengundurkan diri.Saya tabik kepada mereka yang mampu berkongsi pasangan, saya tidak sanggup.
Catat Ulasan