Seorang juruterbang syarikat penerbangan Serene Air di Pakistan mengundang perhatian netizen kerana membersihkan sendiri tingkap kokpit sejurus sebelum pesawat berlepas.
Menerusi rakaman ini, dia dilihat menjulurkan badannya keluar dari tingkap sisi pesawat dan mengelap tingkap hadapan dengan sehelai kain.
Selepas selesai, juruterbang berkenaan masuk dan kembali ke tempat duduknya.
Kejadian berlaku pada pesawat Airbus A330-200 yang mengendalikan penerbangan antarabangsa antara Pakistan dan Jeddah di Arab Saudi.
Lucu! Ini hanya boleh berlaku di Pakistan.Dua pekerjaan dalam satu masa..
Catat Ulasan