Seorang lelaki di Hainan mengundang perhatian pengguna media sosial kerana melakukan senaman taici untuk ‘menghalau’ dan berhadapan dengan Taufan Yagi.
Taufan Yagi yang melanda wilayah itu dikategorikan sebagai kategori 5 dan berlaku sekitar pukul 4.20 petang (waktu tempatan) pada 6 September lalu.
Menerusi rakaman video ini, warga emas yang tidak berbaju itu dilihat cuba menentang kelajuan angin sambil mempamerkan gerakan taici.
Dia akhirnya terpaksa berpaut pada sebatang pokok yang senget ketika ‘ditolak’ angin kencang.
Meskipun mempamerkan seni mempertahankan diri itu, dia akhirnya terjatuh dan diterbangkan angin.
Lelaki itu kemudian cuba bangun tetapi gagal, menyebabkan kepalanya terhantuk di atas jalan dam terbaring tidak sedarkan diri.
Tidak dinyatakan keadaannya selepas itu.Anda perlu berlatih lagi, pengamal taici sebenar boleh berdiri teguh walaupun menentang tsunami tahap 36.
Catat Ulasan