Mengamuk Tidak Dapat Dua Ketul Ayam


Perbuatan seorang lelaki yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera kerana tidak diberikan ayam goreng mengundang kecaman orang ramai.

Menerusi rakaman video y ini, lelaki itu berdiri di kaunter dan meminta seorang pekerja untuk memberinya dua ketul ayam goreng. 


Gara-gara permintaannya ditolak, dia kemudian mengamuk dan berpura-pura mahu memukul pekerja tersebut. 

Ketua Polis Jatisampurna, Iptu Didik Maryanto berkata,  kejadian berlaku sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan) pada 8 September lalu. 

“Suspek turut mengugut dan menyerang mangsa dengan kata-kata yang kesat kerana tidak diberikan dua ketul ayam goreng."

“Meskipun mangsa tidak membuat laporan  polis, kami tetap berusaha untuk mencari suspek,” tambah Didik
 

0/kiriman komen