Sebuah motosikal dilarikan di sebuah stesen minyak.Menerusi video ini menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah motosikal dan kemudian cuba dihalang oleh pemiliknya tetapi gagal.
Kita ingat kita susah, ada lagi susah, motosikal seorang sahabat pengguna media sosial dilarikan pencuri ketika mengisi minyak di petrol pam Sungai Besi. Itu lah motosikal dia pergi kerja.
Kepada beliau, bertabah lah. Insya-Allah, Allah beri yang lebih baik lagi.
Yang mencuri dah tentu salah tapi yang tinggal kunci pun cuai. Semoga dipermudahkan urusan. Nasihat ini untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.
Aku kalau isi minyak mesti kunci kenderaan, baru pergi bayar.. Tak kisah apa orang nak kata, janji harta aku selamat.
Pengajaran ya jangan tinggalkan kunci dekat motosikal atau kereta. Kunci motosikal dan ambil kunci bawa masa pergi bayar.
Catat Ulasan