Pernafasan Mulut Ke Muncung Burung Gagak


Seorang pegawai Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tamil Nadu menjadi tular selepas dia menyelamatkan seekor burung gagak.
Dia  melakukan teknik pernafasan dari mulut ke mulut tahu resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas burung itu.


Rakaman video ini menunjukkan V. Velladurai menyelamatkan burung itu.Burung gagak itu terkena renjatan elektrik selepas hinggap di atas sebuah transformer dekat  Balai Bomba Kavundapalayam di Coimbatore.

Ketika ia jatuh pengsan, Velladurai bergegas membantu. Dia perlahan-lahan mengambil burung itu lalu melakukan CPR dan berjaya memulihkannya.

Selepas mendapatkan semula kekuatannya, burung gagak itu kembali terbang ke langit. 
 

0/kiriman komen