Seorang pempengaruh media sosial berkongsikan tragedi malang menimpa dirinya apabila rumahnya terbakar gara-gara ‘power bank’ (pengecas mudah alih) yang meletup secara tiba-tiba.
Kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi kelmarin di rumah teres dua tingkatnya yang terletak di Cheng, Melaka.
Beliau yang juga terkenal kerana sering berkongsikan video gajet terkini, dikatakan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana kebanyakan alatan eletrokniknya musnah dijilat api.
Di dalam ini, kelihatan bilik utamanya di bahagian tingkat atas sehingga bumbung rumah musnah termasuklah segala gajet seperti empat buah telefon pintar dan komputernya.
Katanya, kebakaran berpunca daripada ‘power bank’ yang meletup secara tiba-tiba sebelum api menyambar langsir bilik utama.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan."
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun,” katanya .
Catat Ulasan