Taufan Helene mendarat di barat laut Florida, Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut Kategori 4, membadai pantai dengan hujan lebat.
Ia membadai darat Florida sekitar pukul 11.10 malam (Waktu tempatan) malam semalam dengan angin berkelajuan maksimum 225.30 kilometer sejam.
Ia melanda berhampiran muara Sungai Aucilla di kawasan Big Bend di Pantai Teluk Florida – hanya 32.18 kilometer di barat laut tempat Taufan Idalia mendarat pada tahun lalu dan menyebabkan kerosakan yang meluas.
Helene mendorong amaran taufan dan banjir kilat yang menjangkau jauh di luar pantai sehingga ke utara Georgia dan barat Carolina Utara.
Lebih 1.2 juta rumah dan perniagaan terputus bekalan elektrik di Florida.
Gabenor negeri Alabama dan Virginia turut mengisytiharkan darurat kerana Helena.
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh setakat ini.
Seorang maut di Florida apabila papan tanda jatuh pada keretanya dan dua orang dilaporkan terbunuh di selatan Georgia ketika ribut menghampiri.
Catat Ulasan