Wanita Bonceng Motosikal Suami Orang


Seorang penunggang teksi motosikal online (ojol) ‘menangkap’ suaminya membonceng wanita lain di sebuah stesen minyak.

Berdasarkan video ini, rider ojol wanita itu dilihat memberhentikan motosikal yang dinaiki oleh suaminya bersama wanita lain.


Dengan nada suara yang tinggi, penunggang ojol itu meminta wanita berkenaan turun dari kenderaan tersebut.

“Turun, turun!” katanya dengan penuh kemarahan.

Dalam masa sama, gadis dipercayai teman wanita suaminya turun daripada motosikal sambil si isteri cuba ditenangkan oleh suaminya.

Tidak dinyatakan tindakan lanjut rider tersebut.Sudahlah miskin, masih buat hal. Langsung tidak bersyukur isteri membantu mencari wang dengan bekerja sebagai ojol.
 

0/kiriman komen