13 Laluan Di Kl Tenggelam


Beberapa kawasan serta jalan raya di sekitar ibu negara ditenggelami air susulan hujan lebat sejak pagi semalam.


Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan kira-kira 13 kawasan terjejas dengan kejadian itu.

Antara kawasan dilanda banjir kilat ialah Jalan Pudu, Salak Selatan, Jalan Kuching, Jalan Pantai Baru, Jalan Genting Klang dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Turut berlaku kejadian sama di Jalan Gombak, Jalan Damansara, Jalan Manjalara, Jalan Maharajalela, Jalan Wangsamaju dan Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak.-
 

0/kiriman komen