Sekurang-kurangnya lapan kampung di sini kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin.
Antara kampung terjejas adalah Kampung Haji Abas, Kampung Kuala Kedua, Kampung Banggol Derom, Kampung Tanjung Merbau dan Lubuk Pedati.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan Dewan Tun Abdul Razak dengan jumlah mangsa sedang dalam bancian.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab. Aziz berkata, dua PPS dibuka dan dalam proses mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Catat Ulasan