‘Batman’ Hadir Di Majlis Graduasi


Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas membuat kejutan dengan memakai kostum adiwira Batman pada majlis graduasi isterinya.

Kejadian berlaku di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bhakti, wilayah Jakarta Selatan pada Khamis lalu. 


Melalui rakaman ini  memaparkan lelaki itu berjalan menghampiri isterinya di atas pentas sambil membawa pelanduk dan bunga. 

Dia dilihat memakai kostum Batman yang lengkap termasuk topeng, sarung tangan dan kasut berwarna hitam. 

Lebih menarik, dia turut memberikan nasi berlauk kepada pengajar dan tetamu lain sebagai tanda syukur. 

“Isteri tercinta selama ini menemani dan membantu saya sehingga dia berjaya menamatkan pengajian."

“Saya buat kejutan dengan memakai kostum watak superhero,” katanya. 
 

0/kiriman komen