Chukai Dilanda Ribut


Bandar Chukai di sini dan sekitar dilanda ribut serta hujan air batu yang menyebabkan banyak pokok tumbang dan memusnahkan insfrastruktur awam semalam.

Kejadian ribut selama 15 minit tersebut bermula pada pukul 4.35 petang itu turut menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat dihempap runtuhan bumbung wakaf rehat.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ribut dan kejadian hujan air batu terbabit menjejaskan kawasan seluas kira-kira 30 kilometer radius dari pusat bandar Chukai di sini.

“Seorang lelaki cedera akibat dihempap serpihan bumbung wakaf rehat yang runtuh dipukul ribut."

“Sewaktu kejadian, mangsa sedang berlindung daripada ribut tersebut di Pantai Mak Nik di sini,” katanya .

0/kiriman komen