Cimpanzi Jadi Pencuci Kereta


Seorang pesohor media sosial di negeri Carolina Selatan membersihkan keretanya dengan bantuan dua ekor cimpanzi.

Menerusi rakaman video ini,ia memaparkan lelaki itu membasuh kereta jenama Mercedes di halaman rumahnya. 



Lebih menarik, dia dibantu dua ‘pekerja’ berbulu untuk memudahkan dan mempercepatkan pencucian tersebut. 

Kedua-dua cimpanzi  itu dilihat mencuci badan dan tingkap kereta selain menyembur air untuk menghilangkan buih sabun. 

Cimpanzi lebih mudah dapat kerja berbanding manusia.Gaji yang diberi pula ialah setandan pisang.

0/kiriman komen