Seorang wanita meluahkan rasa kesal mengenai penyewa bilik yang berwajah kacak dengan penampilan menarik, tetapi tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah.
Menerusi video ini, wanita itu berkata, penampilan seseorang tidak boleh dijadikan sebagai penilaian utama dan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan raut wajah yang kacak.
"Sampai macam ini (begini) sekali kamu tinggalkan bilik sewa. Pagi kerja punyalah kacak dan wangi,” kata wanita itu.
Pernah dulu seorang sahabat saya menyewakan kepada dua budak perempuan. Mereka pergi dan balik kerja dengan penampilan yang cantik. Selepas pindah, mereka meninggalkan sampah sarap dalam bilik tersebut.
Memang ada orang macam itu. Saya sendiri pernah mengalaminya. Bila nak keluar rumah, mereka pakai minyak wangi, tetapi bila di rumah, dua hari tidak mandi dan tidur dalam sampah.
Catat Ulasan