Ikat Rumah Elak Diterbangkan Taufan


Seorang lelaki yang ‘mengikat’ seluruh rumahnya menjelang ketibaan ribut taufan di negeri Florida menjadi sensasi  kerana ideanya yang luar biasa.


Nijem mengikat rumahnya dengan menggunakan enam tali besar dan pancang bagi mengelakkan kediaman itu dihanyutkan banjir atau terbang akibat tiupan angin kencang.

Ramai yang kagum dengan usaha Nijem dan menggelarnya ‘legenda’ kerana ‘berfikir di luar kotak.’

Semua orang ketawa sekarang tetapi lelaki ini akan menjadi legenda apabila semua rumah lain terapung di jalan raya dan dia duduk di kolam renang ruang tamu baharunya sambil menonton televisyen.

0/kiriman komen