Beratus-ratus ekor tikus muncul dan berkeliaran di sebuah kejiranan di Karawang, wilayah Jawa Barat.
Menerusi rakaman kejadian ini menunjukkan kumpulan tikus ‘berpesta’ di atas pagar rumah penduduk tempatan.
Beberapa jalan dipenuhi haiwan pengotor itu sehingga menyukarkan penduduk menggunakan laluan tersebut.
Lebih teruk, tikus-tikus itu turut memasuki rumah penduduk, selain berkumpul di dalam bilik air.
Menurut Ketua Polis Tirtajaya, AKP Hasanudin, kejadian berlaku kelmarin.
“Jumlah tikus dijangka mencapai ratusan ekor. Haiwan ini bukan sahaja berkeliaran di tengah jalan, malah memasuki rumah penduduk tempatan,” kata Hasanudin.
Ketua Dinas Pertanian dan Ketahanan Pangan (DPKP) Karawang, Rochman berkata, kakitangannya dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Meskipun jumlah tikus terlalu banyak, sawah padi berhampiran tidak rosak,”
“Kehadiran ratusan tikus ini dipercayai berpunca daripada faktor cuaca,” tambah Rochman.
Catat Ulasan