Sebuah konvoi supercar mencetuskan kesesakan teruk di sebuah lebuh raya di Thailand dan menyebabkan kelewatan perjalanan kepada pengguna lalu lintas.
Kejadian di Lebuhraya M6 pada Sabtu lalu itu berlaku pada laluan di antara Bang Pa-in ke Nakhon Ratchasima, sekali gus mencetuskan kemarahan ramai.
Berdasarkan sebuah rakaman video ini , konvoi kereta mewah itu turut diiringi oleh polis yang menghalang pemandu lain daripada memintas mereka.
Konvoi supercar tersebut juga bergerak pada kelajuan yang sangat perlahan.
“Pembayar cukai seperti kami mahu membuat aduan. Mengapa kereta mewah dibenarkan membuat aktiviti tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu? Pengguna jalan rasa berasa tidak selesa,” kata keterangan video tersebut.
“Mengapa kita mesti memandu dan mencipta masalah sedemikian? Setiap orang ada urusan masing-masing untuk diuruskan. Kami mahu semua orang membantu menyuarakan perkara ini,” tambahnya lagi.
Ada yang membuat spekulasi bahawa konvoi itu adalah sebahagian daripada penggambaran filem atau acara promosi.
Catat Ulasan