Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand.
Kejadian berlaku di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi kelmarin.
Rakaman tular di internet menunjukkan pelancong itu menarik getah lastik lalu melancarkan ‘serangan’ ke arah kandang menempatkan badak air pigmi bernama Moo Deng.
Beberapa pelancong lain daripada kumpulan sama hanya ketawa, seolah-olah tidak menyedari perbuatan tersebut berbahaya.
Individu yang merakam insiden tersebut, Patcharida Chueakhamhod berkata: “Pelancong China melastik haiwan di zoo. Pada mulanya, saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Namun, selepas melihat dengan teliti, saya sedar dia menggunakan lastik. Saya merakam perbuatannya sebagai bukti,” tambah Patcharida.
Seorang penjaga Moo Deng di zoo berkenaan berkata, beberapa pelancong dalam kumpulan itu mengambil tanah dan batu kecil untuk dijadikan ‘peluru’ lastik
“Kami akan memberikan surat amaran kepada syarikat pelancongan yang membawa mereka."
“Saya juga akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” tambahnya.
Zoo Khao Kheow mengharamkan penggunaan lastik berikutan kejadian itu.
Catat Ulasan