Seorang lelaki asing yang mempunyai perangai pelik mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan sehingga tular di media sosial sudah diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Aisisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu dicekup anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).
“Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat pada pukul 3.30 petang pada hari sama."
“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang lelaki itu,” katanya .
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan membawa senjata berbahaya ke tempat awam.
“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.
Catat Ulasan