Sebuah majlis perkahwinan di Cianjur, wilayah Jawa Barat menjadi tular kerana memberikan buah tangan unik berupa sayur-sayuran kepada tetamu.
Menerusi rakaman video ini, tetamu dilihat memilih seberapa banyak sayur yang mereka suka.
Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk cili merah, sawi, buah tomato, labu, terung, kacang panjang, kubis dan lain-lain.
Lebih menarik apabila pengurusan majlis itu turut menyediakan beg plastik kepada tetamu yang hadir.
Puas hati dapat ‘doorgift’ seperti ini!.Tidak disarankan bagi majlis yang diadakan di kampung, nanti berebut dengan makcik.
Catat Ulasan