Penduduk sebuah kampung di Pemalang, wilayah Jawa Tengah meruntuhkan sebuah kubur yang dianggap makam keramat oleh sebilangan orang.
Makam yang didirikan di dalam sebuah bangunan tersergam indah itu didakwa menempatkan jasad seorang pemimpin yang sangat dihormati iaitu Habib Amir bin Yahya.
Ia dianggap sebagai makam keramat oleh sesetengah orang yang menjadi taksub dengannya.
Justeru, selepas melakukan beberapa perbincangan, penduduk sepakat untuk merobohkan kubur tersebut kerana ia dinggap makam keramat palsu.
Penduduk kemudian merobohkan kubur tersebut termasuk bangunan berkenaan sambil diawasi oleh petugas keselamatan.
Tiada sebarang kekacauan ditimbulkan oleh mana-mana pihak sepanjang proses tersebut berlaku.
Catat Ulasan