Menyamar Grabfood Ragut Rantai Emas


Seorang individu menyamar sebagai penghantar makanan sebelum meragut rantai emas yang dipakai mangsa di kedai buah di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan.

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) ini, kelihatan suspek menunggang motosikal dan kemudian memberhentikan kenderaan itu di hadapan kedai buah.


Kelihatan juga rakan suspek yang berada di lokasi kejadian seolah-olah sedang memerhati keadaan sekeliling agar kegiatan jenayah mereka berjaya dilakukan.

Hati-hati semua, kejadian tengah hari semalam di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan. Ragut rantai emas di kedai buah.

Ada yang menyamar hantar makanan, cari-cari Alamat. Sebenarnya cari mangsa untuk ragut. Kesian orang yang betul-betul nak buat kerja penghantar makanan akan dipandang serong.

Memang kena lebih berhati-hati lepas ini.Pencuri kalau nampak emas memang mereka akan curi.
 

0/kiriman komen