Minah Salih ‘Terpacak’ Tengah Jalan


Seorang wanita dipercayai warga asing mengundang perhatian pengguna jalan raya apabila berdiri di tengah laluan jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa berhenti.


Kejadian itu dikatakan berlaku di Setia Alam, Shah Alam.

Wanita mat salih itu bukan sahaja menghalang lalu lintas, malah menendang kenderaan yang melalui lokasi tersebut.

Warga asing itu yang memakai baju T hitam berdiri di tengah jalan sehingga menghalang sebuah kereta jenis Perodua berwarna biru meneruskan perjalanan.

Tindakan wanita itu sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Kenapa dengan dia? Nampak sihat je. Masalah apa agaknya,”

Difahamkan, wanita tersebut bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian, namun tidak diketahui punca dia berbuat demikian.
 

0/kiriman komen