Perbuatan seorang remaja di Yogyakarta yang mengubah suai nombor pendaftaran motosikal seperti nama teman wanitanya mengundang perhatian orang ramai.
Menerusi video ini menunjukkan sepasang kekasih ditahan oleh anggota polis trafik.
Semasa pemeriksaan, dia mengaku bahawa nombor pendaftaran ‘R 4 NI’ itu merupakan nama kekasihnya yang dikenali sebagai Rani.
Lebih menarik, ia dilakukan atas sebab cinta dan sayang.
Pemuda itu kemudian disaman kerana melanggar peraturan lalu lintas.
Nanti dah putus (kekasih), ganti nombor ‘plat’ baru pula.Nak bercinta boleh, pastikan tahu peraturan lalu lintas dulu!.
Catat Ulasan