Pantau Ibu Bapa Di Kampung


Seorang wanita warga Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kampung halaman untuk melihat ibu dan bapanya.

Wanita yang bekerja di Taiwan itu berkata, pemasangan CCTV bertujuan untuk mengubat kerinduan selain memantau ibu bapanya dari jauh. 

Menerusi video ini  menunjukkan rakaman CCTV yang dipasang di bahagian dapur, bersebelahan dengan kandang lembu. 

Ibu wanita itu sibuk memasak, manakala ayahnya sedang memberi makan kepada lembu peliharaannya. 


Cara untuk dekat dengan ibu bapa di era teknologi canggih! Hebat! Idea yang cemerlang buat perantau!”.

0/kiriman komen