Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Muna, wilayah Sulawesi Tenggara terjatuh di tengah laut ketika menaiki bot untuk pulang ke rumah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) pada 30 September lalu.
Menerusi rakaman ini, beberapa pelajar dilihat duduk di atas sebuah bot sambil memakai seragam sekolah.
Bot itu bergegas membuat pusingan U dan krunya segera menyelamatkan pelajar berkenaan yang bernama Ali Sahar.
Lebih mengejutkan, semua mereka tidak memakai jaket keselamatan ketika merentasi lautan biru itu.
Difahamkan, Ali tinggal di Desa Bontu-Bontu dan berulang-alik ke sekolah dengan menaiki bot.
“Bot itu dihempas ombak kuat, saya terjatuh ke dalam laut,” kata Ali.
Catat Ulasan