Pengantin Tunggang ‘Superbike’


Seorang wanita di India mengundang perhatian ramai selepas menunggang motosikal berkuasa tinggi atau ‘superbike’ sambil memakai pakaian pengantin di sebuah lebuh raya,

Menerusi rakaman video ini, wanita itu dilihat menunggang motosikal berwarna hitam di tengah jalan yang sibuk. 


Bahkan, aksi itu dilakukan sambil memakai baju pengantin berwarna merah dan dilengkapi perhiasan seperti gelang, rantai dan cincin serta tangan berinai. 

Dia bagaimanapun tidak memakai topi keledar walaupun berada di jalan yang sibuk dan menyarung busana yang berat. 

Tolong tangkap wanita ini kerana melanggar peraturan lalu lintas!.Semoga anda hidup lebih lama.

 

0/kiriman komen