Drama pertengkaran melibatkan seorang penunggang basikal dan pemandu kereta di bulatan jalan (roundabout) mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai mengenai siapa sebenarnya yang salah.
Berdasarkan video ini, kelihatan sebuah kereta dipandu seorang lelaki sedang melalui kawasan bulatan jalan sebelum kehadiran seorang penunggang basikal dari sebelah kiri secara tiba-tiba.
Tindakan penunggang basikal itu hampir menyebabkan kemalangan sebelum kedua-dua individu berkenaan berhenti di tepi jalan dan bertengkar.
Penunggang basikal yang salah. Dia sepatutnya berhenti kerana ada kereta di bulatan, malah dia berbasikal di tengah jalan. Sepatutnya dia menggunakan sisi jalan.
Catat Ulasan