Rakyat Malaysia Terus Serbu Siam


Rakyat Malaysia terus berpusu-pusu masuk ke Thailand untuk bercuti sempena Deepavali yang bersambung dengan cuti hujung minggu.

Rata-rata memulakan perjalanan dari destinasi masing-masing pada sebelah malam dan awal pagi kelmarin untuk ke pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini.

Keadaan di Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam sudah sesak dengan kenderaan beratur sejauh lebih tiga kilometer (km) menuju ke ICQS tersebut sejak sebelum pintu sempadan dibuka pada pukul 6 pagi.

Menerusi video ini menunjukkan orang ramai masih beratur panjang bagi pemeriksaan dokumen perjalanan oleh imigresen dan kastam Thailand pada pukul 2.30 petang tadi.


Turut kelihatan kumpulan penunggang motosikal yang masuk secara konvoi.

Kenderaan pengembara beratur untuk pemeriksaan pihak imigresen kedua-dua negara.

Kesesakan berlarutan sehingga pukul 11 pagi apabila ratusan kenderaan semakin berpusu-pusu untuk melepasi sempadan negara.

Selain itu, pekan Changlun dan Bukit Kayu Hitam juga meriah dengan kehadiran orang ramai yang singgah untuk menyelesaikan urusan insurans masing-masing, selain menjamu selera di gerai makan sebelum meneruskan perjalanan ke negara gajah putih itu.
 

0/kiriman komen