Retak Cermin Kereta Kena Objek


Seorang pemandu kereta berdepan detik cemas apabila objek besi ‘terbang’ dari sebuah kenderaan berat sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaannya.

Beliau menzahirkan perasaan kecewa selepas menjadi mangsa kejadian yang tidak diingini tersebut.

Katanya, pemandu lori bagaimanapun enggan bertanggungjawab dan menafikan objek besi tersebut berpunca daripada kenderaannya.


“Boleh kau tak mengaku kata benda (objek) itu jatuh dari lori kau? Saya bawa tahi ayam bang?

“Habis, besi (objek) itu datang dari mana? Dari kerajaan langit?,” katanya.

Jelas lelaki itu, tuntutan ganti rugi akan tetap dibuat berdasarkan rakaman papan pemuka (dashcam) yang diperolehnya sebagai bukti.

Sebelum ini ada yang pernah kena, hari pertama cuma kedengaran bunyi sahaja, keesokan baru perasan ada rekahan pada cermin. Tetap kena walaupun lori di laluan kiri dan kita pandu di lorong kanan,.

Pilot darat’ ini memang terpaling betul. Terpaling baran juga ada. Mana pernah mengaku salah.
 

0/kiriman komen