Perbuatan seorang wanita selamba berdiri dan bergambar di atas bangkai seekor paus terdampar di sebuah pantai di Indonesia mengundang kecaman orang ramai.
Kejadian berlaku di Lumajang, wilayah Jawa Timur.
Rakaman video ini memaparkan wanita itu menghampiri bangkai mamalia tersebut bersama dua kanak-kanak.
Dia meminta seorang kanak-kanak perempuan untuk merakam gambarnya bersama bangkai itu.
Wanita itu juga bergaya dan tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut berbahaya.
Dia sempat memakai topi keledar. Kalau bangkai paus kembung itu meletup, sekurang-kurangnya kepalanya masih ada.
Catat Ulasan