SUV Seret Motosikal


 

Sebuah kenderaan utiliti sukan(SUV)  di Thailand menyeret sebuah motosikal di sepanjang jalan ketika melarikan diri selepas didakwa melanggar penunggangnya.

Menerusi video ini menunjukkan SUV itu dipandu di sebatang jalan pada waktu malam. 


Percikan api keluar dari kenderaan itu apabila motosikal yang terperangkap di bawahnya bergesel dengan permukaan jalan raya.

Individu yang merakam insiden tersebut membunyikan hon meminta pemandu SUV berhenti.

Ketika SUV itu menukar  lorong, motosikal yang tersepit terkeluar dari bawah kenderaan tersebut.

Tada butiran tambahan diberikan tentang bila atau di mana kejadian itu berlaku.

0/kiriman komen