Cubaan seorang lelaki didakwa mahu mencuri bateri sebuah kereta Proton Iswara tidak kesampaian apabila dia ditegur seorang penduduk, dalam kejadian dipercayai berlaku di Meru Heights, Ipoh, Perak.
Menerusi video ini, kelihatan Proton Iswara berwarna merah diletakkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam masa sama, seorang lelaki memakai topi keledar membuka bonet kereta dan sedang menggunakan alat dikatakan mahu mengambil bateri kereta.
Bagaimanapun, individu itu membatalkan niatnya selepas ‘terkantoi’ dengan seseorang yang kebetulan berada di situ lalu menegurnya dari atas balkoni rumah.
“Repair (baiki) apa bang? Motosikal tadi siapa tu, nampak nombor plat tu bang. Tak ada eh, boleh ye. Macam-macam hal sekarang. Tu dia tadi percubaan curi bateri, kawan dia tunggu hujung sana. Jangan buat macam ni ye, nasib baik,” katanya.
Lelaki itu kemudian menutup bonet kereta dan menjawab pertanyaan itu seperti tidak acuh, serta pergi ke arah seorang lagi lelaki yang menaiki motosikal sedang menunggu di hujung jalan.
Tak padan dengan penat lelah, harga bateri kereta berapa lah sangat nak beli beras 5kg pun tak lepas.
Catat Ulasan