Tanah Runtuh Di Melawati


Hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ulu Kelang, di sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut sekitar pukul 11.42 pagi semalam.


Katanya, sepasukan anggota dan jentera keluar Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ampang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemantauan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku runtuhan tanah di lereng bukit dengan ketinggian 30 meter."

“Kejadian tidak melibatkan mangsa serta kediaman,” katanya.

Menurut beliau, tindakan susulan sedang dilaksanakan kerana masih berlaku pergerakan tanah di kawasan tersebut.
 

0/kiriman komen