Gelagat seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) ‘diseret’ oleh pihak lawan ketika bertanding dalam acara tarik tali menarik perhatian.
Menerusi video ini, lelaki itu merupakan orang terakhir yang diikat dengan tali di sekeliling pinggangnya.
Beberapa saat terawal, dia kelihatan menarik tali dengan semua kudratnya bersama beberapa orang pelajar yang lain sebelum mereka ditarik dengan kuat oleh pihak lawan.
Pelajar tersebut jatuh ke tanah dan dia kelihatan berputus asa dengan melepaskan tali di tangannya sambil diseret ke hadapan oleh pihak lawan.
Gelagatnya itu menghiburkan hati dan ramai yang tergelak apabila lelaki itu ‘pasrah’ dirinya diseret ibarat boneka tidak bernyawa.
Terhibur aku. Akhir sekali dia pasrah je kena tarik, yang gelak ni pun tak tenang.Tarik tali ke lepas tali ni?.
Catat Ulasan