Terperangkap Dalam Bank


Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah bank selepas pintu ‘roller shutter’ tertutup secara automatik sebaik sahaja dia selesai mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM).

Menerusi video ini, lelaki itu kelihatan menoleh kebelakang untuk keluar dari premis berkenaan selepas selesai mengeluarkan wang, namun riak wajahnya bertukar bingung selepas dia melihat pintu itu sedang turun dengan perlahan.


Cemas dengan situasi itu, dia memandang ke arah rakannya yang sedang merakam kejadian itu untuk meminta bantuan kerana pintu itu sudah hampir tertutup sepenuhnya. Beberapa saat kemudian, lelaki itu dilihat menelefon seseorang.

Kau cash-in lah balik duit tu, nanti pintu pun akan terbuka balik.Dah pukul 10 malam, tutup sampai esok 7.30 pagi baru pintu buka. Kena tidur dalam bank. 

0/kiriman komen