Tujuh Ular Bersarang Dalam ‘Aircon’


Seorang wanita di Thailand terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular bersembunyi di dalam alat penyaman udara di rumahnya.

Menurut wanita tersebut, penemuan ular-ular itu merungkai misteri bunyi-bunyian aneh yang sering didengarinya dari dalam alat tersebut.

Berdasarkan video ini, wanita tersebut berkata, sudah berbulan-bulan dia mendengar bunyi aneh tersebut.


Namun, dia tidak terfikir untuk memeriksa keadaan di dalam penyaman udara itu kerana alat tersebut hanya digunakan ketika dia tidur.

Bagaimanapun, dia akhirnya membuat keputusan untuk memanggil juruteknik bagi memeriksa penyaman udara itu untuk mengenal pasti punca bunyi-bunyian tersebut.

Bagaimanapun, wanita tersebut terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular melingkar di dalam alat itu.

Tidak dinyatakan jenis-jenis ular tersebut, namun juruteknik dengan segera mengeluarkannya dan membersihkan pendingin hawa itu.

Menurut wanita berkenaan, dia berasa trauma dengan kejadian itu dan turut mengingatkan pengguna media sosial agar kerap melakukan pemeriksaan penyaman udara di rumah. 

 

0/kiriman komen