Ramai pengguna media sosial tersentuh melihat seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) merangkak ke tempat mengambil wuduk untuk menunaikan solat.
Menerusi video ini memaparkan lelaki tersebut solat di sebuah masjid dalam keadaan penuh kesukaran.
Difahamkan, lelaki tersebut menjual kerepek untuk menyara hidupnya di kawasan berhampiran.
Sedih melihat raut wajahnya yang kelihatan penat. Semoga abang ini dilimpahkan rezeki berpanjangan dan diberikan kesihatan yang baik, walaupun dia istimewa, dia tetap berusaha bekerja dan tidak meminta-minta.
Catat Ulasan