Pangkalan Tentera Udara di negeri Indiana menjadi lokasi panas terbaharu bagi objek terbang tidak dikenali (UFO) selepas penduduk melihat sejumlah ‘bola lampu’ yang bergerak pantas dan bercahaya di langit.
Ramai orang di Kokomo yang terletak hanya 20.92 kilometer dari Pangkalan Simpanan Tentera Udara Bersama Grissom melaporkan melihat lampu-lampu berkelip sebelum hilang di langit.
“Apa itu? Saya rasa ia adalah UFO dan saya benar-benar tidak selesa untuk tidur malam ini,” kata seorang penduduk tempatan.
Penampakan luar biasa itu, kebanyakannya dilaporkan pada 7 Oktober lalu.
Penampakan serupa pernah berlaku berhampiran lokasi tentera termasuk Pangkalan Bersama Langley-Eustis di negeri Virginia di mana beberapa pegawainya melaporkan melihat lampu merah, hijau dan putih berkelip dan bergerak laju.
Penampakan objek misteri di Indiana itu bagaimanapun dikongsi oleh orang awam di internet di mana pakar-pakar mengkaji untuk mengenal pasti sumbernya.
Catat Ulasan