Wilayah Negara China Di Malaysia..?


Persatuan Kebudayaan Guan Gong memohon maaf berhubung insiden mengibar bendera negara China pada perarakan sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong, di sini kelmarin.

Pengerusinya, Soon Boon Hua berkata, tindakan mengibarkan bendera negara lain itu tidak dirancang, malah tiada dalam senarai acara yang disediakan oleh penganjur.


“Sebagai pihak yang mengelolakan Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, saya ingin memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh rombongan dari negara China."

“Untuk maklumat, pengibaran bendera China pada perarakan tersebut bukan dilakukan oleh penduduk negara ini,” katanya di sini.

Menurut beliau, Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program tahunan yang dianjurkan dari Johor ke Kedah dengan Perak merupakan salah lokasi acara berkenaan.

Katanya, dalam setiap sambutan di negeri-negeri, pihak pengelola akan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol patriotik.


 

0/kiriman komen