Anak Yatim, Asnaf Terjejas Banjir


Sebanyak tiga buah lori digunakan bagi membawa anak-anak yatim dan asnaf serta ibu tunggal dari sebuah pondok tahfiz ekoran situasi banjir yang semakin teruk di negeri Kelantan, ketika ini.

Menerusi video ini, difahamkan kesemua mereka akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kamil (SKK) (1) Pasir Puteh, Kelantan.


Kehadiran mereka tanpa ibu bapa. Pandai-pandailah bawa diri, semoga dipermudahkan urusan kalian.

Situasi tersebut amat menyentuh hati apabila terdapat pelajar masih kecil tetapi perlu mengharungi dugaan banjir ini tanpa kasih sayang ibu bapa.

Kasihannya anak-anak.Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan terima kasih kepada yang membantu.

Moga syurga buat anak-anak ini. Kalau anak-anak lain takut musim hujan, boleh peluk mak ayah mereka.
 

0/kiriman komen