Seorang wanita mendakwa pekerjanya menjadi mangsa penipuan melibatkan penggunaan ilmu hitam selepas kehilangan barang kemasnya.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) ini, kejadian bermula apabila seorang wanita mendekati mangsa dengan alasan mahu membeli minyak wangi sebagai beg cenderamata atau ‘goodies bag’.
Sementara itu, suspek turut menunjukkan wang tunai sebanyak RM3,000 yang berada dalam beg tangannya, membuatkan mangsa tidak curiga dengan tindakannya.
Mangsa menyatakan bahawa dia terlalu seronok berbual sehingga tidak sedar rantai, cincin, dan gelang emasnya telah diambil suspek. Setelah memperoleh barang kemas, suspek memberi alasan mahu ke bank tetapi terus melarikan diri.
Suami sahabat saya baru sahaja terkena . Seorang lelaki datang dan tiba-tiba suami sahabat saya buka beg serta menyerahkan wang. Bila ditanya, suami beliau tak kenal siapa lelaki itu.
Catat Ulasan