Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila ibu kepada pengantin perempuan meninggal dunia sebelum majlis akad nikah berlangsung,
Kejadian berlaku di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan pada 23 November lalu.
Menerusi video ini menunjukkan seorang wanita menangis teresak-esak di atas pelamin.
Dia kemudian dipeluk dan ditenangkan oleh bapanya bersama ahli keluarga yang lain sebelum acara akad nikah diteruskan.
Hari bahagia bertukar duka apabila ibu pengantin meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke pasar.
Saya tidak boleh bayangkan perasaannya (pengantin perempuan).
Catat Ulasan