Tindakan seorang kontraktor menggunakan cara tradisional iaitu penggunaan kayu bakau sebagai ‘piling’ (cerucuk) sebuah rumah meraih perhatian ramai.
Menerusi video ini memperlihatkan kerja-kerja pemasangannya sedang dilakukan dengan kayu bakau sepanjang 4.27 meter didirikan sebagai asas rumah tersebut.
Rata-rata teruja dengan penggunaan kaedah tradisional ini walaupun di zaman kini yang serba canggih.
Setahu saya orang lama cerita, tapak gajah yang paling baik adalah kayu bakau sebab lama kelamaan dia akan melingkar di dalam tanah dan mengukuhkan tapak rumah.
Dulu saya sekolah, belajar geografi pun cikgu cakap kayu bakau memang guna untuk ‘piling’ rumah tapi saya tengok orang buat rumah tak ada pula guna kayu bakau. Rupanya sebab jarang orang guna.Kayu bakau tak reput kena air dan tahan lama.
Catat Ulasan