Misteri sebuah kereta kuda bergerak sendiri tanpa pemandu pada waktu malam.Kejadian berlaku di sebatang jalan di Magetan, wilayah Jawa Timur pada Jumaat lalu.
Berdasarkan video ini, kereta kuda yang mempunyai lampu berwarna-warni itu bergerak laju .
Kejadian itu menimbulkan tanda tanya dengan ramai pengguna media sosial kehairanan bagaimana kereta kuda tersebut boleh bergerak tanpa ada pemandu yang mengawal kuda.
Video itu kemudian mendapat perhatian pemilik kereta kuda berkenaan, Tumiran, yang menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Tumiran, ketika kejadian, dia mahu pulang ke rumah selepas selesai bekerja di tempat tumpuan ramai, Lapangan Takeran.
“Seperti biasa, saya bercakap dengan kuda saya dalam bahasa Jawa. saya menyuruh ia menunggu saya sebentar,” katanya.
Menurut Tumiran, kuda bernama Arya itu bagaimanapun tiba-tiba berpaling daripadanya dan berlari dengan laju serta meninggalkan lelaki tersebut.
“Ia akhirnya berjaya dihentikan di Kampung Kuwonharjo, Takeran, dan saya membawanya pulang ke rumah dengan selamat,” jelasnya.
Catat Ulasan